BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 3, 2009

rotan

Alor Star -- Pemuda UMNO Kedah hari ini menyambut baik gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar Kementerian Pelajaran memperluaskan kuasa guru disiplin kepada semua guru termasuk merotan dalam usaha menangani masalah disiplin pelajar hari ini.

Pengerusi Biro Pendidikannya, Najmuddin Darus berkata pemberian kuasa itu mampu menjadikan guru-guru di sekolah sebagai salah satu elemen utama dalam membentuk sahsiah diri pelajar selain daripada ibu bapa agar masalah seperti gengstrisme dan buli tidak terus berulang.

Bercakap kepada laman webPemuda, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Pendang berkata kuasa secara menyeluruh itu juga dilihat sebagai satu langkah bersepadu dalam membendung salah laku pelajar yang semakin meruncing hari ini.

�Kes-kes seperti buli, gengstrisme, ponteng sekolah dan sebagainya memerlukan satu bentuk pendekatan yang konstruktif agar sistem pendidikan negara tidak dicemari lagi dengan unsur-unsur sedemikian.

�Dengan memberi lebih kuasa kepada guru serta sokongan pihak-pihak lain masalah tersebut akan dapat dikekang daripada terus menular yang boleh mengancam masa depan anak-anak kita�, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar Kementerian Pelajaran memperluaskan kuasa guru disiplin kepada semua guru termasuk merotan dalam usaha menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.

Menurut Najmudin lagi kuasa merotan bukanlah satu perkara baru kerana sebelum ini guru-guru dibenarkan merotan para pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.

�Cuma selepas beberapa insiden kuasa tersebut dihadkan kepada Guru Besar dan guru disiplin sahaja.

�Justeru sudah tiba masanya kuasa itu diberikan kembali supaya masalah disiplin pelajar dapat ditangani dengan lebih berkesan�, ujarnya.

Bagaimanapun katanya lagi terpulanglah kepada budi bicara pihak Kementerian Pelajaran untuk meluluskan kuasa itu setelah mengambil kira pandangan semua pihak khususnya mereka yang arif dalam bidang berkenaan.

0 comments: