Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana insititusi awam dan pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa. [1]
Pada dasarnya, pendidikan dilihatkan sebagai suatu usaha manusia yang optimistik yang dicirikan oleh cita-cita untuk mencapai kemajuan dan kebaikan.[2] Banyak orang memahaminya sebagai cara untuk mengatasi hambatan dan merapatkan jurang ketaksamaan,[3] serta juga untuk memperoleh kekayaan dan status.[3] Pendidikan juga dilihatkan sebagai tempat di mana kanak-kanak dapat berkembang mengikut keperluan dan potensi sendiri.[2] Pendidikan harus bertujuan untuk mengembangkan setiap individu sehingga potensinya yang penuh dan memberikan mereka peluang untuk mencapai sebanyak yang boleh dalam kehidupan mereka, sejajar dengan keupayaan sejadi mereka. Bagaimanapun, visi ini tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, menurut banyak ahli sosiologi, kenyataannya adalah bahawa pendidikan memiliki matlamat yang lebih besar daripada peringkat individu dan bertujuan untuk mengekalkan kestabilan sosial menerusi pengeluaran semula sosial terhadap ketaksamaan. Apakah matlamat kestabilan in berbeza-beza, bergantung kepada sudut pandangan sosiologi yang digunakan untuk menghadapi persoalan tersebut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment