Many words can bring upon wounds and pain in someone's heart though you may not notice it. However, some words are encouraging and warm.
tiba2 teringat life's brief candle by shakespears.hehe...hidup nie hanye sementare :P
lagi..kate2 dr nazirah...
Friday, January 1, 2010
ape
Posted by tapaiemon at 3:20 PM 0 comments
Tuesday, November 3, 2009
rotan lagik
GURU-guru meminta Kementerian Pelajaran memberi kebenaran yang lebih luas kepada guru tertentu untuk merotan pelajar perempuan.
``Kuasa membenarkan guru merotan perlu jelas, termasuk membenarkan pelajar perempuan dirotan,'' kata sekumpulan guru yang sebulat suara menyatakan pendirian mereka berhubung perkara itu, baru-baru ini.
Perkara tersebut dibangkitkan oleh sekumpulan 85 guru pelbagai jawatan semasa dialog bersama-sama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bagi membincangkan isu disiplin pelajar sekolah.
Dalam menangani masalah disiplin pelajar, kumpulan guru berkenaan menyokong tindakan merotan pelajar yang bersalah tetapi ia harus dilakukan dengan tertib.
Ini termasuk menyediakan garis panduan mengenai tatacara merotan.
``Kuasa merotan juga harus dihadkan kepada guru-guru tertentu seperti guru besar, guru disiplin, guru penolong kanan dan hal ehwal murid,'' katanya.
Guru-guru yang menyertai dialog yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan guru berjawatan pengetua, guru besar, guru biasa, guru disiplin dan guru kaunseling.
Mereka merupakan guru dari sekolah menengah, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Pada bengkel yang sama, guru-guru itu mahu Kementerian Pelajaran menghentikan kursus-kursus pendidikan semasa waktu sekolah dalam usaha menangani masalah disiplin pelajar di sekolah-sekolah.
Kumpulan guru itu juga mendesak agar Mesyuarat Guru Besar tidak diadakan semasa waktu persekolahan dan kaunselor tidak harus kerap keluar berkursus.
Mengenai kuasa polis, mereka menyifatkan peranan polis amat penting dan mereka harus sentiasa mendampingi pihak sekolah selain memberi ceramah kepada para pelajar.
Pihak polis juga diminta mengawasi kafe siber yang merupakan salah satu lokasi paling popular dalam kalangan pelajar.
``Polis perlu meningkatkan pemantauan terhadap kafe siber dan membantu pihak sekolah dengan melaporkan kegiatan pelajar di kafe siber itu,'' katanya.
Dalam pada itu para guru berkenaan turut mempertikaikan bebanan guru yang semakin bertambah terutama dalam melakukan tugas-tugas perkeranian.
``Guru-guru seharusnya diberi peluang untuk mengajar dan jumlah jawatan kerani harus diperbanyakkan di sekolah-sekolah yang mempunyai jumlah melebihi 1,000 pelajar bagi merekod kes-kes disiplin,'' katanya.
Selain itu memperuntukkan guru khas untuk mengajar pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran juga perlu.
Mereka juga meminta agar guru diberi insurans dan dilindungi daripada tindakan ibu bapa selain melantik penasihat undang-undang di setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
``Guru kaunseling bertauliah perlu dilantik dan mereka harus bertugas sepenuh masa dan jawatan harus dianggap sebagai jawatan naik pangkat,'' katanya.
Sementara itu kumpulan guru berkenaan meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar tidak campur tandan dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Sebaliknya, PIBG diminta lebih komited dalam isu menangani disiplin pelajar.
Untuk memastikan pembabitan ibu bapa dalam perkara tersebut, para guru mencadangkan agar kad kemajuan pelajar diberi semasa Mesyuarat Agung PIBG sekolah masing-masing.
Posted by tapaiemon at 2:58 AM 0 comments
rotan
Alor Star -- Pemuda UMNO Kedah hari ini menyambut baik gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar Kementerian Pelajaran memperluaskan kuasa guru disiplin kepada semua guru termasuk merotan dalam usaha menangani masalah disiplin pelajar hari ini.
Pengerusi Biro Pendidikannya, Najmuddin Darus berkata pemberian kuasa itu mampu menjadikan guru-guru di sekolah sebagai salah satu elemen utama dalam membentuk sahsiah diri pelajar selain daripada ibu bapa agar masalah seperti gengstrisme dan buli tidak terus berulang.
Bercakap kepada laman webPemuda, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Pendang berkata kuasa secara menyeluruh itu juga dilihat sebagai satu langkah bersepadu dalam membendung salah laku pelajar yang semakin meruncing hari ini.
�Kes-kes seperti buli, gengstrisme, ponteng sekolah dan sebagainya memerlukan satu bentuk pendekatan yang konstruktif agar sistem pendidikan negara tidak dicemari lagi dengan unsur-unsur sedemikian.
�Dengan memberi lebih kuasa kepada guru serta sokongan pihak-pihak lain masalah tersebut akan dapat dikekang daripada terus menular yang boleh mengancam masa depan anak-anak kita�, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar Kementerian Pelajaran memperluaskan kuasa guru disiplin kepada semua guru termasuk merotan dalam usaha menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.
Menurut Najmudin lagi kuasa merotan bukanlah satu perkara baru kerana sebelum ini guru-guru dibenarkan merotan para pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
�Cuma selepas beberapa insiden kuasa tersebut dihadkan kepada Guru Besar dan guru disiplin sahaja.
�Justeru sudah tiba masanya kuasa itu diberikan kembali supaya masalah disiplin pelajar dapat ditangani dengan lebih berkesan�, ujarnya.
Bagaimanapun katanya lagi terpulanglah kepada budi bicara pihak Kementerian Pelajaran untuk meluluskan kuasa itu setelah mengambil kira pandangan semua pihak khususnya mereka yang arif dalam bidang berkenaan.
Posted by tapaiemon at 2:56 AM 0 comments
Monday, November 2, 2009
Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari.
Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah “Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenangâ€. Fikir-fikirlah.
http://www.azlina.net/blog/index.php/2007/08/23/cara-menangani-stress/
Posted by tapaiemon at 11:47 PM 0 comments
kerja bpsukn
Ciri-ciri utama kerja berpasukan
Dalam dunia pengurusan moden dan korporat, 80 peratus syarikat yang tersenarai di Fortune 500 menggunakan konsep kerja berpasukan. Antaranya ialah Toyota, General Electric dan FedEx.
Bagaimana kita dapat menerangkan populariti kerja berpasukan ini?
Kajian-kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan.
Memahami dan mengenal pasti ciri-ciri kerja berpasukan boleh membantu pengukuhan organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Terdapat empat ciri utama kerja berpasukan iaitu:
1) Usaha kolektif
-Ahli dalam organisasi mesti memahami dan berkongsi pandangan tentang hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.
-Menyedari peranan dan fungsi masing-masing boleh memberi motivasi kepada ahli untuk mengambil bahagian dalam setiap peranangan dan tindakan yang telah diputuskan.
-Bekerja bersama-sama boleh dicapai jika usaha kolektif dijadikan sebagai prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan seumber dapat digembleng ke arah pencapaian matlamat yang satu.
2) Positif
-Setiap anggota organisasi harus melihat kerja berpasukan sebagai peluang bagi pencapaian matlamat, memenuhi keperluan hidup dan menyediakan sokongan sosial ketika berlaku krisis.
-Melihat dari perspektif positif dapat mewujudkan kejelekitan sesama ahli kumpulan seterusnya kuasa sinergi yang menggerakkan organisasi ke arah prestasi yang maksimum.
-Kesepaduan di antara peranan ahli dan prestasi akan menggalakkan idea yang lebih kreatif dan mengurangkan jurang perbezaan pendapat.
3) Kerjasama
-Tidak semua anggota organisasi benar-benar mamahami peranan yang diamanahkan kepada mereka. Ini kerana terdapat di antaranya yang lebih suka bekerja bersendirian.
-Cabaran besar organisasi bagi menarik perhatian anggotanya ialah mendedahkan peluang yang bakal dinikmati jika bergerak secara berkumpulan. Di peringkat awal, komunikasi yang lebih kerap sesama ahli dapat meningkatkan 'espirit de corp' untuk mereka saling kenal-mengenal seterusnya memahami aspirasi organisasi.
4) Saling lengkap-melengkapi
-Setiap anggota ada peranan masing-masing mengikut kepakaran.
-Pengkayaan ilmu dan peningkatan prestasi akan lebih terserlah jika setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing.
-Proses lengkap-melengkapi di dalam organisasi akan mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih besar.
Bagaimana kerja berpasukan dapat diaplikasi?
Kerja berpasukan melibatkan anggota-anggota organisasi yang bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama. Organisasi pelajar di universiti adalah salah satu kelompok yang terurus dan sentiasa diberi bimbingan. Kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dalam setiap program boleh membantu mereka menjayakannya pula dalam organisasi sebenar yang lebih mencabar, dinamik dan kompetetif.
Memahami organisasi dan bagaimana ia beroperasi adalah syarat asas kepada kecemerlangan kerja berpasukan. Setiap organisasi yang dibentuk, sama ada kecil ataupun besar mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai. Elemen-elemen seperti penetapan matlamat, struktur, peranan dan penggunaan sumber yang cekap mesti difikirkan oleh anggota-anggota di dalam organisasi supaya setiap perancangan yang telah dipersetujui dapat dijayakan.
Model organisasi yang diguna pakai semasa di universiti boleh diserap ke dalam organisasi sebenar kerana kaedah operasinya tidak jauh berbeza. Kebanyakan organisasi moden hari ini menekankan pendakatan demokratik iaitu memberi ruang yang luas kepada komunikasi dua hala dan membuat keputusan bersama.
Pengalaman terlibat dalam kegiatan kurikulum sebenarnya banyak membantu para pelajar merasai sendiri betapa pentingnya kerja berpasukan. Justeru, mereka yang terdedah dengan kegiatan ini dilihat berpotensi besar untuk menjadi anggota organisasi yang cemerlang dan maju kehadapan kelak.
Bagi memudahkan organisasi pelajar di universiti menggunakan kemahiran mereka dalam organisasi sebenar, perkara yang mesti dikenal pasti ialah menentukan jenis-jenis kerja berpasukan yang ada dan biasa dipraktikkan.
Terdapat empat bentuk kerja berpasukan iaitu kumpulan pasukan pemandu, kumpulan penyelesaian masalah, kumpulan pengurusan kendiri dan kumpulan silang fungsi.
1) Kumpulan Pasukan Pemandu
-Tujuan kumpulan ini adalah untuk melaksanakan usaha penambahbaikan atau menyelesaikan masalah khusus yang wujud di dalam organisasi.
-Isu-isu penting seperti agihan kuasa, membuat keputusan, kepimpinan dan interaksi tidak menjadi masalah besar kerana ianya jelas dan mudah.
2) Kumpulan Penyelesaian Masalah
-Anggota dalam kumpulan ini berkongsi idea atau cadangan untuk meningkatkan proses kerja mereka.
-Gerak kerja setiap ahli kumpulan sangat fokus kerana tema perbincangan berkisar kepada kaedah meningkatkan kualiti, menambah kecekapan dan menceriakan suasana persekitaran kerja.
-Saiz anggota kumpulan di antara 8 hingga 10 orang dan mereka bertemu untuk membentangkan semua idea yang dikenal pasti seterusnya bergerak ke arah pencapaian matlamat organisasi.
3) Kumpulan Pengurusan Kendiri
-Hampir 70 peratus syarikat dalam Fortune 1000 mengguna pakai jenis pasukan kerja ini.
-Kaedah pelaksanaannya adalah tanpa ketua tetapi setiap anggotanya bertanggungjawab menyelesaikan tugas khusus yang diamanahkan.
-Kumpulan ini diberi kebebasan bergerak, memilih anggota sendiri dan masing-masing boleh menilai prestasi kerja tanpa ada halangan.
4) Kumpulan Silang Fungsi
-Kumpulan ini dianggotai oleh mereka yang berada dalam hirarki yang sama tetapi berbeza dalam bidang kepakaran atau kemahiran. Semua ahli dikumpulkan untuk menyelesaikan tugas khusus.
-Kelebihan kumpulan silang fungsi ialah pertukaran maklumat berlaku dengan cepat, menjana idea-idea baru, menyelesaikan masalah dan memberi ruang kepada penyelarasan tugas-tugas yang mencabar.
-Bagi setiap anggota kumpulan, cabaran utama ialah memberi kepercayaan dan kesediaan untuk berkongsi kepakaran.
-Kumpulan jenis ini banyak diguna pakai dalam industri automatif.
Teras kerja berpasukan dan dunia organisasi
Memahami perubahan ke atas organisasi menjadikan setiap elemen yang membentuk organisasi menjadi semakin penting. Sebagai contoh, Haji Samuri terkenal dengan Sate Kajang. Melalui proses transformasi yang dilalui dalam penghasilan produk dan kerja, jenama Sate Kajang sudah sebati dengan Haji Samuri.
Kejayaan beliau dikaitkan dengan pengurusan operasi iaitu kaedah yang diguna pakai untuk mereka bentuk, mewujudkan operasi dan kawalan ke atas sumber untuk diberikan kepada pelanggan.
Proses transformasi yang dimaksudkan ialah satu proses di mana organisasi mencipta nilai-nilai yang terdapat pada input dan ditukarkan kepada output (hasil).
Organisasi hari ini berkembang daripada sebuah entiti yang kecil kepada konglomerat yang besar dan kompleks. Bagi mempastikan organisasi ini terus berkembang dan kompetetif, budaya kerja adalah teras kepada kejayaan kerja berpasukan ini.
Syarikat-syarikat multinasional dari Jepun, Korea dan Jerman sentiasa menerapkan budaya kerja yang positif. Budaya kerja 5S umpamanya, telah menjadi satu kemestian dalam organisasi seluruh dunia dan tidak lagi hanya diamalkan di Jepun.
Bagi istilah yang lebih menarik, budaya kerja ini disebut sebagai budaya korporat yang melambangkan identiti dan hala tuju organisasi. Budaya korporat Matsushita Electric ialah:
-Berkhidmat kepada negara melalui industri
-Keadilan
-Harmoni dan kerjasama
-Perjuangan ke arah kebaikan
-Bersopan dan berperikemanusiaan
-Penyesuaian dan penyerapan, bersyukur
Asas kepada kejayaan kerja berpasukan ialah organisasi harus mempunyai budaya kerja masing-masing supaya kepercayaan, nilai dan norma yang dikongsi oleh semua anggota kumpulan dapat memacu kejayaan yang lebih cemerlang.
Budaya korporat yang difahami dan dikongsi bersama juga berfungsi sebagai pendorong anggota organisasi untuk menghapuskan sifat-sifat negatif seperti malas bekerja, tidak peka dan reaktif. Secara tidak langsung, anggota organisasi yang enggan memajukan diri, bermuka-muka, lembab dan tidak tidak berkesan akan diketepikan.
Budaya kerja mempunyai kesan ke atas prestasi organisasi yang benar-benar ingin merealisasikan matlamat penubuhannya. Antara kesan tersebut ialah:
-Budaya kerja mempengaruhi struktur operasi dan produktiviti. Memberi penekanan kepada nilai-nilai yang diingini dalam organisasi dapat merangsang anggota pekerja untuk menyerlahkan potensi diri mereka.
-Membantu mewujudkan matlamat pensosiolan di kalangan anggota pasukan seperti kerjasama, jujur dan komunikasi terbuka.
-Kepercayaan organisasi dan iltizam moral menentukan bentuk dan moral organisasi.
Produktiviti yang tinggi adalah satu contoh pencapaian yang cemerlang setelah penyerapan budaya kerja yang terurus dan terancang dilakukan. Kepercayaan terhadap nilai-nilai yang disepakati dapat menyuburkan kesedaran berganda kepada setiap anggota bagi mencapai matlamat bersama.
Isu dan cabaran kerja berpasukan
Kerja berpasukan tidak secara automatik meningkatkan produktiviti atau prestasi kerja. Jadi, apakah yang menjadi isu dan cabaran bagi membentuk kerja berpasukan yang berkesan?
Pakar pengurusan, Peter F. Drucker pernah menyifatkan trend berpasukan ini semakin menurun kerana kerja secara pasukan menjurus kepada kekecewaan. Maksudnya ialah kerja berpasukan ada kalanya tidak perlu kerana bagi sesetengah keadaan, keputusan yang diambil oleh seorang lebih baik dan berkesan.
Pandangan seperti ini boleh mempengaruhi ramai orang kerana kesannya ke atas keberkesanan kerja berpasukan. Bagaimanapun banyak kajian yang mengaitkan kerja berpasukan menjadikan prestasi kerja lebih baik sekali gus menolak anggapan Drucker sebelum itu.
Membentuk sebuah pasukan kerja yang benar-benar mantap adalah cabaran paling besar bagi kewujudannya. Terdapat sembilan cabaran besar yang menjadi halangan kepada setiap anggota organisasi untuk merealisasikan kejayaan mereka.
Cabaran utama dalam kerja berpasukan ialah memberi kefahaman kepada anggota organisasi. Ini kerana matlamat yang difahami sahajalah yang mampu menggerakkan seluruh fikiran dan tenaga pasukan bagi menjayakannya. Ia juga menyemai komitmen yang bersepadu dan sanggup berkorban.
Individu yang cekap atau mempunyai tahap kompetensi yang relevan dengan tugas dapat menyumbang kepada kerja berpasukan yang lebih cemerlang.
Mewujudkan kepercayaan yang dikongsi bersama adalah umpama berhadapan dengan duri-duri di atas jalan. Kesusahan, kesakitan dan turun naik semangat kerja diukur dengan tahap integriti, watak dan bentuk komunikasi di antara satu sama lain. Komunikasi yang berkesan boleh memberi panduan kepada anggota organisasi bagi mengurangkan salah faham, merangsang kejelekitan dan cepat bertindak balas apabila berhadapan dengan sebarang masalah.
Kepimpinan berkesan amat diperlukan oleh organisasi khususnya ketika menghadapi situasi sukar. Pemimpin mengembalikan seluruh operasi organisasi pada landasan yang betul, memberi harapan kepada ahli, meningkatkan keyakinan diri setiap orang dan meniup semangat merealisasikan potensi diri. Kepimpinan berkesan bukan hanya menunjukkan arah atau mengawal sebaliknya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing.
Cabaran terakhir kerja berpasukan ialah mewujudkan suasana kondusif yang membantu perkembangan organisasi. Ia termasuk menyediakan latihan, insentif, penghargaan dan sumber-sumber yang merangsang pencapaian prestasi kerja.
Rumusan
Kejayaan organisasi tidak lagi dikaitkan secara langsung dengan prestasi individu. Malahan kejayaan demikian dilihat sebagai fungsi sempurna sebagai sebuah organisasi atau sebuah pasukan. Bagi menyerlahkan prestasi ini, setiap anggota mesti berupaya berkomunikasi secara terbuka dan jujur di antara satu sama lain, berani menghadapi konflik dan bersedia menerima perbezaan pendapat.
Kerja berpasukan yang mantap seringkali dibayangi oleh individu yang mempunyai pencapaian luar biasa. Jawatan presiden atau setiausaha tidak lebih daripada pembimbing atau pemudah cara kerana dalam organisasi, setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Mereka bekerja, berfikir dan bertindak kerana yakin kerja berpasukan dapat menyelesaikan banyak masalah.
Posted by tapaiemon at 11:33 PM 0 comments
Langkah bendung masalah disiplin pelajar
Masyarakat, terutama ibu bapa, tidak harus meletakkan tanggungjawab mendidik pelajar serta menangani masalah salah laku kepada sekolah
semata-mata, sebaliknya perlu wujud kerjasama erat semua pihak.
Kokurikulum bersepadu dengan penerapan nilai moral dapat membentuk peribadi mulia pelajar. Pelajar perlu memandang gurunya dengan penuh hormat.
Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan PIBG dalam menjalankan aktiviti sosial. Pembabitan ibu bapa secara aktif dengan sekolah sekali gus akan membawa banyak perubahan kepada pembelajaran dan disiplin anak di sekolah.
Peranan pihak kerajaan memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu langkah bijak dalam usaha menangani masalah sosial pelajar.
Pihak Kementerian Pelajaran juga seharusnya mewajibkan semua pelajar sekolah menengah menyertai pasukan beruniform/seragam.
Komitmen Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein begitu penting diberikan perhatian dan perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat dalam usaha memartabatkan profesion perguruan.
Kerjasama berterusan diberikan PDRM dalam menangani jenayah di sekolah dan luar sekolah seharusnya mendapat sokongan dan bantuan masyarakat Malaysia. PDRM boleh menjadikan sekolah mempunyai kadar kejadian jenayah yang tinggi 憇ekolah angkat� dengan pegawai PDRM boleh keluar masuk demi memastikan disiplin pelajar terkawal.
Pemadam boleh membantu memberi maklumat mengenai kesan gejala penagihan dadah.
Posted by tapaiemon at 2:32 AM 0 comments
rotan
HUKUMAN rotan akan "kembali" ke sekolah tidak lama lagi. Hukuman itu akan diperkenalkan semula untuk "menundukkan" pelajar yang tahap disiplin mereka semakin meruncing.
Ketika ini masalah perlanggaran disiplin, pergaduhan dan buli di sekolah semakin menjadi-jadi. Akhirnya hukuman tradisi yang pernah digunakan untuk mendisiplinkan pelajar sebelum era alaf baru ini terpaksa diperkenalkan semula.
Namun seperti kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi, hukuman rotan tersebut masih di peringkat cadangan.
Ia baru dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara untuk mendapat maklum balas. Hukuman itu hanya akan dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara - yang akan memberi maklum balas sebelum akhir tahun ini.
Bagaimanapun, kenyataan itu sudah cukup untuk menceritakan bagaimana meruncingnya masalah disiplin di kalangan pelajar ketika ini. Bayangkan keruntuhan disiplin pelajar terpaksa diatasi dengan hukuman yang memerlukan kelulusan Peguam Negara!
Walaupun jumlah pelajar yang menjadi "epal busuk" itu tidaklah ramai berbanding pelajar yang berdisiplin tinggi, namun kerenah yang dicetuskan oleh mereka amat menyesakkan dada.
Mungkin ramai yang terfikir, kenapa sehingga ke Peguam Negara? Jawapannya mudah. Situasi masa kini tidak sama dengan keadaan di sekolah 20 atau 30 tahun lalu. Sikap ibu bapa ketika itu dengan ibu bapa di zaman siber ini ketara berbeza.
Ramai ibu bapa di zaman ini tidak boleh menerima teguran atau laporan guru bahawa anak-anak mereka nakal. Malah ada yang sanggup menempelak malah 'menyerang' guru demi mempertahankan anak-anak yang disifatkan mereka terlalu baik.
Dan, ketika ramai ibu bapa yang menyuarakan sokongan agar pelaksanaan hukuman rotan diperkenalkan semula, tidak kurang yang membantah. Golongan itu termasuklah peguam dan aktivis hak asasi manusia.
Bagi mereka, hukuman rotan bukan jawapan untuk mengatasi masalah disiplin. Mereka mendesak guru menggunakan pendekatan menerusi kaunseling kerana hukuman rotan dianggap melanggar hak asasi pelajar.
Namun pada masa yang sama, golongan ini sebenarnya secara tidak langsung telah mengenepikan hak asasi pelajar yang menjadi mangsa buli berkenaan.
Jadi, demi memastikan keadilah semua pihak, kelulusan Peguam Negara diperlukan. Langkah Kementerian Pelajaran tersebut lebih kepada sikap berhati-hati.
Guru disiplin yang akan melaksanakan hukuman rotan itu nanti terpaksa mematuhi prosedur yang ditetapkan. Mereka tidak boleh merotan sewenang-wenang.
Namun walau apa sahaja bentuk hukuman, ia perlu disegerakan. Pelaksanaannya juga mesti dilakukan dengan serius.
Masalah disipilin pelajar ketika ini bukan satu perkara yang boleh dipandang sebelah mata. Bayangkan jika masalah disiplin itu tidak diatasi dan ia berlanjutan sehingga mereka dewasa. Jadi, sekiranya hukuman lebih berat termasuk rotan boleh mengatasi masalah disiplin, laksanakanlah segera.
Utusan Malaysia: 11 Mei 2009Posted by tapaiemon at 1:50 AM 0 comments